Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (1)     Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Main | Map | Gallery | History | News

KBSM Kimia organik : Esei 1994

Tindak balas berikut melibatkan perubahan kepada kumpulan berfungsi dalam molekul bahan organik:

(i) Pengoksidaan alkohol kepada asid [ 7 markah]

(ii) Tindak balas penambahan bagi alkena [ 7 markah]

(iii) Tindak balas pengesteran [ 6 markah]

Dengan merujuk kepada bahan kimia yang dinamakan bagi setiap jenis tindak balas di atas, huraikan satu eksperimen makmal bagi setiap jenis tindak balas itu. Nyatakan pemerhatian dan hasil yang terbentuk.

Catatan : Anda perlu analisis kehendak soalan seperti mana perkataan yang dihitamkan.

Nama bahan : propanol, heksena dan asid etanoik.

Huraikan eksperimen : bahan kimia dan keadaannya seperti larutan (pekat/cair), keadaan tindak balas (perlu panas secara refluk atau panas pelahan sahaja), campurkan dua larutan., perlu goncangkan atau tidak.

Pemerhatian : perubahan warna, bau, pembuakan atau mendakan terhasil

Hasil : perlu dinamakan seperti etanol, etil etanoat dan asid butanoik.

Persamaan : Sertakan persamaan kimia yang terlibat.

Teknik Menjawab

  1. Masukkan 20 cm 3 larutan kalium dikromat(VI) berasid ke dalam kelalang bulat (1+1)

Kemudian Tambahkan 10 cm3 etanol dan panaskan secara refluks (1+1)

Warna jingga menjadi hijau dan hasil berbau masam (1)

Asid etanoik terbentuk (1)

CH3CH2OH + 2 [O] CH3COOH + H2O (1)

 

  1. Gas etena dialirkan dalam larutan air bromin (1+1+1)

Warna perang kemerahan dilunturkan (1)

Dibroetana terbentuk (1)

CH2CH2 + Br 2 CH2BrCH2Br (1)

   Bromin dipilih sebab perubahan warna nyata mudah dilihat

 

iii. Masuk 10 cm3 etanol dan 10 cm3 asid etanoik kedalam tabung didih (1+1)

Tambahkan beberapa titik asid sulfurik pekat (1)

Panaskan campuran pelahan-lahan (1)

Bau wangi dikesan. (1)

Hasil ialah etil etanoat (1)

CH3COOH + CH3CH2OH CH3COOC2H5 + H2O (1)