Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (1)     Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Main | Map | Gallery | History | News

Teknik menjawap soalan Esei Kimia KBSM SPM
  1. Peruntukkan 30 minit untuk satu soalan. (anda perlu jawab 2 soalan)
  2. Pastikan dua soalan yang anda pilih betul-betul yang anda boleh beri jawapan terbaik berkeyakinan mendapat markah yang dijangkakan.
  3. Jika soalan dibahagi kepada beberapa bahagian, pastikan anda boleh menjawap tiap-tiap bahagian dengan baik. Jika dua bahagian baik dan dua bahagian kurang pasti, jangan pilih soalan ini.
  4. Rancangkan jawapan anda secara ringkas dahulu sebelum menjawab.
  5. Jawapan harus ringkas, tepat dan memenuhi kehendak skima permarkahan.
  6. Sertakan gambar rajah berlabel, graf, persamaan kimia, formula bahan, langkah-langkah kiraan dan contoh-contoh jika perlu.
  7. Kebanyakan soalan esei memerlukan anda

   Huraikan (Contoh: langkah eksperimen)

  Terangkan (Beri sebab suatu kejadian atau keputusan sesuatu eksperimen)

   Takrifkan (Contoh : Takrifkan asid kuat, jisim molekul relatif & formula empirik. Takrif mesti tepat. Markah 1 atau 0 )

   Nyatakan (Jawapan ringkas. Contoh : nyatakan 3 kegunaan elektrolisis)

   Bincangkan (Perlu beri isi-isi penting . Contoh: Bincangkan kebaikan dan keburukan mengguna bahan kimia dalam pertanian)

   Bandingkan (Perlu dinyatakan perbezaan satu demi satu. Contoh: Bandingkan sifat-sifat sebatian ion dan sebatian kovalen)

 

Contoh : Namakan satu asid lemah dan satu asid kuat. Dengan merujuk kepada asid-asid yang anda telah anda namakan, terangkan mengapa asid lemah dan asid kuat yang sama kepekatan mempunyai nilai pH yang berbeza.

[ 8 markah]

   Contoh asid lemah ialah asid etanoik dan asid kuat ialah asid hidroklorik. [1+1]

(Terangkan kaitan pH dan kepekatan ion hidrogen)

   pH larutan bergantung kepada kepekatan ion hidrogen dalam larutan. Apabila kepekatan ion hidrogen tinggi, pH larutan rendah dan sebaliknya. [1]

(Terangkan mengapa kepekatan ion H+ bagi asid hidroklorik tinggi dan kepekatan ion hidrogen asid etanoik rendah)

   Asid hidroklorik mengion (atau mencerai) dengan lengkap dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen. Oleh itu kepekatan ion hidrogen tinggi dan nilai pH larutan rendah. [3]

   Asid etanoik mengion separa dalam air dan menghasilkan hanya sedikit ion hidrogen. Jadi kepekatan ion hidrogen rendah dan nilai pH larutan tinggi. [2]