SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (1)     Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Main | Map | Gallery | History | News

Kemahiran-kemahiran yang diuji dalam peperiksaan SPM.

      Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Biologi ini mengandungi tiga kertas iaitu Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.

      Kertas 1 ini mengandungi 40 soalan objektif, dengan 30 soalan jenis aneka pilihan dan 10 soalan jenis aneka pelengkap. Semua soalan wajib dijawab dalam masa satu jam lime belas minit. Kertas ini menguji pengetahuan pelajar dari segi mengingat semua fakta, prinsip, konsep, teori, hukum, terminologi, pengkaedahan, pengelasan, urutan dan konvensyen. Disamping itu ianya juga menguji kemahiran intelek pelajar dari segi kebolehan untuk memahami seperti menginterpretasi, menterjemah dan mengaplikasi prinsip atau formula dalam situasi baru.

      Kertas 2 ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengandungi 5-8 soalan struktur dan Bahagian B mengandungi 4 soalan esei. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan struktur dalam Bahagian A dan mana-mana dua soalan esei dalam Bahagian B dalam masa dua jam tiga puluh minit. Kertas ini menguji kebolehan pelajar dari segi kemahiran intelek, kemahiran proses sains dan pengetahuan. Kertas ini juga menguji kemahiran berfikir secara kritis, analitis dan berkomunikasi dengan menggunakan kaedah saintifik.

      Kertas 3 ini adalah kertas ujian amali yang mengandungi 2 - 3 soalan. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa satu jam empat puluh lima minit. Ianya yang memberi penekanan kepada pengujian kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan juga kognitif.