Make your own free website on Tripod.com

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (1)     Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Main | Map | Gallery | History | News

Aspek-aspek kelemahan Calon

Kertas 1

-     Ramai pelajar dapat menjawab soalan yang melibatkan aras pengetahuan yang memerlukan
       pelajar mengingati semula fakta, prinsip, teori, hukum, terminologi, pengkaedahan, pengelasan,
       urutan dan konvensyen yang berada pada aras yang memudah dan pertengahan. Walaupun
       begitu tidak semua  soalan aras kemahiran pengetahuan dapat dijawab dengan baik.

-     Pelajar  didapati  lemah dalam soalan yang memerlukan kefahaman yang tinggi seperti
      menginterpretasi, menterjemah, mengekstrapolasi dan mengaplikasi.

Kertas 2

-     Kemahiran-kemahiran penting dalam sains masih belum dikuasai, misalnya kemahiran proses
       sains seperti melukis rajah biologi.

-     Majoriti pelajar belum menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan analitis.

-     Ramai pelajar yang salah mentafsirkan tugasan soalan.

-     Pelajar juga gagal memberi definisi biologi yang lengkap.

-     Masih ramai pelajar tidak dapat membuat lukisan skematik biologi yang tepat dan nisbah yang
       betul.

-     Sebahagian besar pelajar masih lemah dalam komunikasi saintifik. Pelajar tidak dapat
      memberikan fakta-fakta yang lengkap dan tepat. Makanisme-makanisme biologi yang diberi
      dalam jawapan tidak lengkap dan tidak mengikut sekuen.

-     Jawapan juga tidak dirancang dengan baik menyebabkan fakta yang sama diulang-ulang dan
      tidak  tersusun.

 

Kertas 3

-     Berdasarkan kepada jawapan calon ramai pelajar tidak membaca arahan dengan teliti, tidak
      tahu cara membuat jadual sendiri dan memindahkan titk dengan tepat dalam graf.

-     Mutu lukisan yang rendah seperti terlalu kecil, tidak bersih, garisah putus-putus, ketebalan
      garisan tidak sekata dan pembesaran lukisan tidak nyata.