Saranan-saranan untuk
memperbaiki kelemahan
Berikut adalah saranan-saranan yang telah diberi
Lembaga Peperiksaan dalam buku Laporan Prestasi SPM ( 1994 -1996 ).
 | Pelajar hendaklah membaca soalan dengan lebih
berhati-hati dan memahami tugasan soalan sebelum memulakan menulis
jawapan . Untuk itu pelajar sepatutnya dapat membezakan antara kata
tugas seperti nyatakan, mengapakah, terangkan, huraikan, bincangkan,
hitungkan dan lain-lain. |
Soalan Objektif
 | Bagi soalan objektif , pelajar haruslah lebih
berhati-hati semasa memilih jawapan. Pelajar sepatutnya membaca
semua cadangan jawapan, walaupun cadangan jawapan yang mula-mula
dianggap sebagai jawapan, pelajar perlu membaca seterusnya untuk
mendapatkan jawapan yang terbaik atau betul. Bagi soalan negatif
seperti tidak benar dan kecuali, pelajar hendaklah sentiasa ingat
akan keadaan negatif soalan itu semasa memilih jawapan itu. |
Soalan Struktur
 | Bagi soalan struktur pelajar perlu berhati semasa
menulis jawapan. Pelajar tidak perlu memberi jawapan terlalu ringkas
hingga menghasilkan jawapan tidak lengkap. Pelajar mestilah memberi
jawapan yang padat dengan fakta biologi yang sesuai. Pelajar
mestilah lebih berhati-hati dengan maklumat yang terdapat di dalam
gambarajah. Pelajar mestilah mempunyai kemahiran saintifik dan
kemahiran intelek untuk menjawab dengan baik. Bagi soalan yang
memerlukan pelajar membuat hitungan, jawapan mestilah disertakan
dengan unit yang betul. Bagi soalan yang memerlukan pelajar membuat
lukisan, lukisan hendaklah dilabelkan, saiz yang sesuai, bersih (tiada
garisan putus-putus dan pertindihan garisan). Bagi soalan yang
memerlukan pelajar melukiskan graf, kedua-dua paksi graf mestilah
mempunyai unit skala dan berlabel. Bagi soalan yang memerlukan
pelajar membuat perbandingan atau perbezaan, jawapan haruslah
menggunakan perkataan seperti,….lebih daripada…, kurang daripada…..
, …… lebih besar… |
Soalan Esei
 | Bagi soalan esei pelajar perlu membaca semua soalan
dan memahami tugasan . Sepatutnya pelajar boleh membuat pilihan
berdasarkan pengetahuan dan kebolehannya. Pelajar sepatutnya
merancang jawapan supaya idea tersusun. Pelajar mestilah dapat
mengaitkan pengalaman seharian seperti membuat laporan amali apabila
mereka menjawab soalan esei. Dalam jawapan pelajar, sepatutnya ,
pelajar mengenalpasti bahan dan alat radas, prosedur eksperimen,
pemerhatian, perekodan, menginterpretasi data, membuat keputusan dan
membuat kesimpulan. Bagi soalan yang lebih umum pelajar sepatutnya
mementingkan atau menggunakan fakta saintifik untuk menyokong
penerangan mereka. |
Soalan Amali
 | Bagi soalan amali, pelajar sepatutnya telah
menguasai kemahiran saintifik. Semasa melakukan ujian amali pelajar
mestilah menggunakan masa merancang untuk membaca tugas dan
merancang eksperimen. Dalam masa merancang ini pelajar mesti sudah
mempunyai idea untuk menggunakan langkah atau teknik yang sesuai
untuk merekodkan jenis data yang diprolehi. Pelajar perlu
menggunakan keputusan ujian untuk membuat kesimpulan yang logik. Di
samping itu pelajar perlulah merekodkan dapatan tugasan bukan hanya
mengigati semula teori. Pelajar juga perlu meningkatkan kemahiran
melukis sebagai satu cara berkomunikasi. Lukisan mestilah dilebalkan,
jelas dan bersih, tidak berlorek dan menggunakan pensel yang tajam
semasa melukis. |
 | Untuk membantu kecekapan menjawab soalan pelajar
perlu banyak membuat latihan menjawab soalan yang lepas, melukis
gambar rajah, graf, carta bar atau histogram, membuat jadual dan
peta konsep bagi tajuk yang telah dipelajari. |
|