Garis Panduan Untuk Menjawab
Soalan Subjektif Kertas 2
Kelemahan calon SPM secara umum
- Jawapan panjang tetapi tidak tepat.
- Konsep asas fizik adalah lemah.
- Jawapan adalah terpesong daripada kehendak soalan (
tidak faham soalan ).
- Memberi teori sahaja untuk soalan huraian
eksperimen ( tidak menyatakan sebarang ukuran yang dilakukan dan
cara mengukurnya ).
- Langkah-langkah penting tidak ditunjukkan dalam
penghitungan.
- Gambar rajah tidak berlabel, graf tidak berlabel.
- Lemah dalam unit kuantiti fizik.
Perkara penting yang perlu diingati
semasa menjawab soalan struktur :
- Markah diperuntukkan bagi tiap-tiap ceraian soalan
ditunjukkan dalam kurungan. Secara kasar, satu markah diperuntukkan
untuk satu fakta. Iaitu jawapan mesti tepat dan tidak perlu terlalu
panjang.
- Fikir secara logik dan jawab dengan ringkas dan
tepat. Jangan gunakan perkataan seperti mungkin dan lebih kurang.
- Menghitung dengan menggunakan rumus yang betul
diikuti dengan gantian yang betul. Jawapan akhir mesti mempunyai
unit yang betul. Langkah kerja mesti ditunjukkan dengan jelas.
- Fikir ringkas dan memberi jawapan ringkas tetapi
tepat.
- Meneliti betul-betul segala maklumat yang diberi
dalam soalan dan kaji sama ada semua maklumat yang diberi itu telah
digunakan dalam proses mendapatkan penyelesaian anda.
- Elakkan daripada memberi jawapan yang terlalu umum.
- Contoh : Cadangkan bagaimana kehilangan kuasa dalam
kabel elektrik dapat dikurangkan dalam proses penghantaran elektrik
?
- Jawapan terlalu umum : gunakan transformer.
Perkara penting yang perlu diingati
semasa menjawab soalan esei :
- Jawab dalam bentuk fakta yang ringkas ( point form
).
- Rajah yang dilukis mesti jelas, ringkas, boleh
berfungsi dan berlabel semua bahagian dengan betul.
- Langkah-langkah eksperimen mesti mempunyai istilah
tindakan melakukan seperti :
Istilah
betul |
Istilah
salah |
- Timbang dan dapatkan jisim troli
- Hitungkan halaju troli
- Catatkan masa dengan jam randik
|
Dapatkan / Catatkan
jisim troli
Halaju troli dicatatkan
Tentukan masa
|
- Perkara yang penting dalam huraian eksperimen ialah
:
- rajah berlabel
- langkah-langkah menjalankan eksperimen dengan
istilah tindakan
- ulangan eksperimen dengan ukuran yang berlainan
serta penjadualan data
- lakaran graf dan rumusan
- pengesahan / penolakan hipotesis serta kesimpulan
Contoh : Huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan
tempoh suatu bandul ringkas
bergantung kepada panjang bandul itu.
Rangka jawapan :
i. lukis rajah berlabel
ii. ukur panjang l dengan pembaris
...ukur masa untuk 20
ayunan dengan jam randik
hitung T = masa untuk 20 ayunan
20
..........................
..
hitung T2
iii. ulangi dengan l yang berlainan
l/cm |
masa
20
|
untuk
ayunan
|
purata
t/s
|
T/s |
T2/s2 |
|
t1/s |
t2/s |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
iv. lukis graf T2 lawan l
v. kesimpulan
- Elak daripada memberi huraian untuk eksperimen yang
salah.
- Untuk soalan yang melibatkan perbandingan, adalah
sesuai membuat jadual perbandingan supaya jawapan kelihatan lebih
kemas dan jelas.
- Lihat pada kata-kata kunci dalam soalan dan beri
jawapan yang sewajar seperti : terangkan, nyatakan, huraikan dan
berikan satu contoh.
- Pastikan anda sudah mengulangkaji dengan baik
tentang struktur binaan, prinsip kerja atau pengendalian alat-alat
seperti dinamo, motor, tiub sinar-X, peti sejuk, OSK, teleskop dan
sebagainya.
|