SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (1)     Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Main | Map | Gallery | History | News

Kelemahan Dan Kesilapan Pelajar

 

1) Formula unsur, sebatian ion dan persamaan    

(a) Tidak tulis formula dengan tepat, misalnya    

Betul Salah
Ag ag
Fe FE
CO2 Co2
I l
CuSO4 Cu SO4
Mg mg
Zn(NO3)2 Zn(No3)2
Cl2 2Cl atau Cl2

 
 

     (b) Persamaan kimia tidak seimbang dari segi bilangan atom sesuatu unsur atau dari segi cas.
          

Contoh 1:

KOH + H2SO4   ======>   K2SO4 + H2O    (Salah)

2KOH + H2SO4 ======>   K2SO4 + 2H2O (Betul) 

Contoh 2:    

Cu + Ag+    ======> Cu2+ + Ag                               (Salah)             

Cu + 2Ag+ ======> Cu2+ + 2Ag                             (Betul)

Contoh 3:

Mg2+ + e-  ======>    Mg                                         (Salah)

Mg2+ + 2e- ======>   Mg                                         (Betul)

Contoh 4:

2O2- -2e-  ======>     O2                                         (Salah)
2O2- - 4e- ======>    O2                                                        (Betul)

     

(c) Perbezaan di antara persamaan tindak balas, persamaan ion dan setengah persamaan.
           Contohnya:
          i.Tindak balas Penyesaran

    1.  Mg + CuSO4  =======>  Cu + MgSO(persamaan tindak balas)

       Mg + Cu2+     =====>  Mg2+ + Cu     (persamaan ion)

       Mg                 =====>  Mg2+ + 2e-      (setengah persamaan)

       Cu2+ + 2e-       =======>   Cu                  (setengah persamaan)
       

     ii. Tindak balas peneutralan

                                         NaOH + HCl =====> NaCl + H2O (persamaan tindak balas)
 H+ + OH-         =======> H2O              (persamaan ion)

 

3)Ejaan istilah-istilah yang penting mestilah tepat.

     

Betul Salah
Proses Haber Proses Habar, Proses Heber,Proses Haba
Pemejalwapan Pemeljawapan
Ungu Unggu
Kovalen Kovallen, Kovelen
Siri elektrokimia Siri elektrodkimia, Siri elektronkimia
Proses Sentuh Proses sentuh

    4) Penggunaan istilah perkataan atau kata kunci yang salah. Misalnya,    

Salah  Betul 
perak argentum
ion natrium (I)  ion natrium
ion ferum ion ferum(II) atau ion ferum(III)
ion oksigen ion oksida
ion klorin ion klorida
ion bromin ion bromida
ion iodin ion iodida
ion ammonia ion ammonium
gas ammonium gas ammonia
ion dikromat ion dikromat (VI)
larutan kalium permanganat larutan kalium manganat (VII)
kuprum sulfat kuprum (II) sulfat
plumbum iodida plumbum (II) iodida
stanum oksida stanum (IV) oksida
ammonium hidroksida larutan ammonia
asap putih wasap putih
keadaan jirim-atom ,molekul, ion keadaan jirim-pepejal, cecair, gas
jenis zarah-pepejal, cecair, gas jenis zarah-atom, molekul, ion
jisim atom relatif/ JMR dalam gram jisim atom relatif/ JMR – tiada unit
bakarkan campuran panaskan campuran
pepejal / warna coklat Pepejal / warna perang
kala II kala
kumpulan Kumpulan II
orbital atom  petala atom
konfigurasi elektron susunan elektron
atom yang stabil  susunan elektron yang stabil
ikatan elektronvalens ikatan elektrovalen
lapan elektrovalen lapan elektron valens
gelembung udara / gelombang gas 

atau buih-buih gas

gelembung gas
lebih aktif lebih reaktif
lebih reaktif untuk siri elektrokimia lebih elektropositif untuk siri elektrokimia
lebih elektropositif untuk siri kereaktifan lebih reaktif untuk siri kereaktifan
tiada tindak balas tiada perubahan
S.E.K. siri elektrokimia
warna larutan kuprum(II) sulfat semakin cerah warna larutan kuprum(II) sulfat semakin pudar
warna perang air bromin bertukar menjadi jernih warna perang air bromin bertukar menjadi tidak berwarna
Elektrolisis larutan plumbum (II) bromida Elektrolisis cecair / leburan plumbum (II) bromida
Galvanometer bergerak / terpesong  Jarum galvanometer bergerak / terpesong
Warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid dilunturkan  Warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid dinyahwarnakan
Gas klorin menyahwarnakan kertas litmus lembap  Gas klorin melunturkan kertas litmus lembap
mengkonduksikan arus elektrik mengalirkan arus elektrik
mempercepatkan kadar tindak balas meninggikan kadar tindak balas atau mempercepatkan t/b
Campurkan ammonia Campurkan larutan ammonia
Campurkan iodin Campurkan larutan iodin
plastik/polistirena dapat mencegah kehilangan haba atau menghalang kehilangan haba.  plastik/polistirena adalah penebat haba atau pengalir haba yang lemah atau plastik/polistirena dapat mengurangkan kehilangan haba
Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah manjadi cecair Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair
‘Ujian dengan……’ ‘Campurkan……’atau ‘Titiskan……’

 

6)Ujian Kimia
    Setiap ujian kimia mesti ada proses atau cara dan keputusan . Cara menunjukkan

    bagaimana ujian kimia dijalankan dan keputusan menunjukkan permerhatian .

              Perkataan seperti ujikan ,tindak balaskan tidak diterima kerana tidak menunjukkan dengan
              jelas bagaimana ujian itu dijalankan .
    Perkataan yang boleh digunakan termasuk campurkan, didihkan, panaskan, alirkan,

    lalukan ,masukkan ,tuangkan ,kutipkan ,kumpulkan ,titiskan ,sukatkan dan ukurkan .

Contoh beberapa ujian kimia yang biasa ialah :
 
 
 

Ujian  Cara  Keputusan 
1) Gas oksigen Kutipkan satu tabung uji gas yang terhasil dan masukkan kayu uji berbara. Kayu uji berbara dinyalakan.
2) Gas hidrogen Kutipkan satu tabung uji gas yang terbebas dan kemudian masukkan kayu uji menyala ke dalamnya. Bunyi "pop" terhasil.
3) Gas karbon dioksida Alirkan gas yang terhasil ke dalam air kapur. Air kapur menjadi keruh.
4) Gas itu bersifat asid Alirkan gas itu ke atas kertas litmus biru yang lembap. Kertas litmus biru menjadi merah.
5) Larutan itu bersifat asid Masukkan kertas litmus biru ke dalam larutan. Kertas litmus biru menjadi merah.
6) Gas itu bersifat alkali Alirkan gas itu ke atas litmus merah yang lembap. Kertas litmus merah menjadi biru.
7) Cecair itu ialah air Titiskan cecair itu ke atas kuprum (II) sulfat kontang. Warna putih kuprum(II)sulfat kontang menjadi biru.
8) Cecair itu ialah air tulen Didihkan cecair itu dan ukur/catat takat didihnya dengan termometer. Takat didih ialah 100oC